Aku bertanya kepada sang jibrail..si penyampai ilmu
Bagaimanakah ingin mencipta kereta
Jibrail bertanya kenapa..?
Aku berkata aku ingin berjalan dengan pantas tetapi aku insan kerdil
lalu ia berbisik dan sampai kesekalian Tubuh
Menuntut lah dengan ilmu dan pandang lah ke negara Matahari Terbit Jepun ..
Aku bertanya lagi kepada sang jibrael..si penyampai ilmu
Mengapa Jepun..? mengapa tidak negara Barat..?
Jibrail berkata kerana jepun negara di ufuk Timur, dan engkau Manusia dari Timur
Jibrail berkata lagi kerana orang jepun itu kerdil dan berjiwa besar
Dan engkau turut kerdil, dan ikutlah sekadar kemampuanmu
Kerana sesungguhnya engkau tidak mempunyai kemampuan melainkan dengan bantuan
Kereta yang Megah tidak mampu bergerak tanpa enjin..Akar permulaan bagi setiap kehidupan
Kereta tidak akan berjalan laju tanpa Minyak yang banyak...ilmu yang berpanjangan
Dan kereta tidak akan menjadi indah tanpa warna cat yang cantik..waktu keperibadian yang indah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan