Manusia itu memandang adanya dunia itu tiada kaitan dengan perumpamaan Manusia dan Tuhan
Mereka kata Dunia itu dunia...dan manusia itu manusia dan tiada berkaitan
Mereka kata menyembah Tuhan hendak menghadapnya di negara Arab
Apa kerana yang disampaikan adalah datang dari Nenek moyang orang-orang Arab
Apa yang mereka baca adalah datang dari Tulisan-tulisan Arab
Mereka memandang Tuhan itu hanya sebelah Mata ...
Sedangkan Tuhan itu Maha sempurna dan di mana-mana ...
Mereka kata untuk melihat Tuhan tidak ada di dunia hanya boleh dilihat di akhirat
Sedangkan adakah mereka yakin di dunia mereka sudah menyembah sesungguhnya Tuhan ...?
Dan berkata Musa kepada Tuhan ...
Allah tunjukkan lah olehmu wajahmu yang sebenar,
Untuk aku kenal lebih dekat siapakah sebenar Tuhan aku,
Berkata Allah engkau tidak mampu untuk melihat aku dan pastinya engkau tidak mampu
Berkata Musa berilah aku peluang untuk melihatmu sebagai siapakah Tuhanku
Baiklah engkau insan yang terpilih untuk aku tunjukkan diri siapakah sebenarnya Tuhan
Kau palingkan lah pandanganmu kearah gunung itu
kalau engkau lihat gunung itu tetap teguh pada dirinya engkau akan dapat melihat aku
Selepas Musa memandang ke arah gunung itu, lalu Allah pun menunjukkan wajahnya
Lalu Gunung itu pon hancur ...jadi Musa pon terdiam..
Seandainya mereka tahu siapakah Tuhan nescaya mereka akan memandang
Manusia itu dengan perasaan penuh cinta kasih dan sayang ...
Manusia sering bertanya siapakah Tuhan yang sebenarnya..
tetapi Tuhan sudah berkata sembahyang lah olehmu
kerana sembahyang itu adalah kebaikan untukmu
dan untuk kamu mengenal lebih dekat tentang siapakah Allah
Alangkah baiknya bagi insan-insan yang mengetahui ..
Dan adapun insan yang telah mengenal siapa pencipta itu terasa sangat kagum
kerana tidak dapat mengungkap walau satu ayat pon untuk menyamai kecantikan Tuhan
Dan selepas ianya mengetahui lalu mereka pon banyak termenung dan memikirkan Tuhan mereka Allah setiap saat sehingga mereka menjadi seperti orang yang Mabuk cinta..
Lalu mereka pon berkata telah aku mengetahui siapa sebenarnya Allah
jadi telah aku mencapai kesempurnaan jadi lebih baik aku Mati kerana dunia ini tiada apa
jadi ianya pon menjadi kerinduan setiap saat dan berkata
Alangkah baik sekiranya aku meninggalkan dunia ini lebih cepat
supaya aku tidak lekang dari melupakanmu ...
sesungguhnya dunia ini tidak dapat menandingi kecantikanmu
selepas sahaja aku diberi peluang untuk melihatmu dalam sesaat
pengetahuan dan angan-anganku didunia terus hilang
kerana tidak dapat menandingi kecantikanmu
sehingga sembahyang itu menjadi lebih sempurna dan pengisian
sehingga sembahyang itu menjadi lebih kearah kesyukuran
dan tidak mengharap apa-apa balasan lagi...
kerana setelah dapat melihat kecantikan wajahmu
syurga itu tiada apa-apa makna nya lagi .......
Sesungguhnya Dunia yang mereka lihat dan lalui ..
tidak sama seperti yang aku melalui dan melihat ..
Aduhai.....alangkah bagusnya jika mereka memahami setiap kata-kata ku ini
Apabila mungkin setelah mereka membaca nya
Mengenai seekor burung sakti yang telah bebas dari sangkarnya dan bersemayam di dunia
Pasti mereka akan tiada percaya dan mempersoalkan kekuasaan Tuhan
mungkin mereka akan berkatakan ini semua cerita dusta dan hanya sebuah syair
sedangkan ini benar-benar terjadi terhadap diri ..dengan nama illahi..
Tetapi disebabkan aku telah dihalang oleh sesuatu hijab untuk berkata terang dengan manusia ..
disebabkan duniawi yang penuh dengan barang-barangan indah yang membutakan ..
disebabkan aku hanyalah seorang hamba yang kerdil dipenuhi dosa dan hina ..
disebabkan manusia itu memandang manusia lain dengan penuh syak wasangka
Aku mengambil keputusan berkiaskan syair dan lagu
Mengambil keputusan oleh aku untuk berdiam diri dan menjalankan Amanat tuhan yg telah diberi..
Tetapi percayalah sesungguhnya Hijab itu telah dibuka oleh Tuhan yang Maha penyayang
Dan berkhendak untuk melihat kesemuanya tanpa boleh dinampak oleh sekalian Manusia ..
Sesungguhnya Tuhan itu Maha pengampun dan berkuasa keatas hamba-hambanya..
Aku Sang Manusia pendam dapat menunjukkan apa yang dapat aku lihat mengenai Tuhan
Kerana Manusia lelaki yang bernama Muhammad itu adalah Khalifah di Muka bumi..
Tetapi perlu akannya membuang segala duniawi dan peraturan ciptaan dunia
Dan pintu Hijab akan terbuka ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan