Ahad, 15 Mei 2016

Aku Melalui Alam Kematian di Hari Jumaat..Tetapi Aku tak Mengerti Mengapa Aku Masih Berada di Bumi.

Aku Merasa terlalu rindu kepada Tuhan
Dan aku fikirkan aku telah Mati
Setelah aku melalui dua dimensi berbeza
Berbeza dari pandangan Manusia yang ada
Aku melewati alam kubur , titian siratul mustaqim ,
Syurga dan neraka ketika masih diatas Dunia
Adakah aku dianggap Gila.?

Tuhan cabut sahaja Nyawaku
seandai apa yang ku lihat didepan ku palsu
setelah diajarkan oleh Ahli-ahli Agama berhadis dari Tanah Arab itu,
bahawa perlu merasakan mati didunia yang lain
baru dapat melihat wajah sebenar Tuhan
Sedangkan aku sudah Melihatmu dipandangan Alam sekelilingku
Melalui perjalanan perjalanan yang diceritakan
termasuk  Menjalani syurga dan neraka ketika masih diatas dunia ..

Mungkin aku sudah pon Mati tanpa aku sedari
pada hari Jumaat di sekian hari...,Dunia ku selepas itu sudah tidak sama lagi
Walaupun tinggal bersama Manusia di bumi...
Aku masih tidak Mengerti mengapa aku masih berada di bumi.?
Sedangkan aku sudah melihat jenazahku dialam Mimpi..
Dan aku masih berkawan dengan Manusia di bumi
Tetapi segala kesakitanku selepas itu terasa indah
Segala kebahgiaan ku terasa di Syurga
Merasakan kebebasan yang tidak pernah aku rasakan
Seperti kebebasan yang tiada di penghujung..

Perlukah aku menceritakan apa yang ku lalui..
sungguhpun Mereka semua pasti akan mengatakan aku Manusia gila
Sebaeknya ku pendam dan Meneruskan hidup seperti sedia kala
Melihat apa yang Mereka lakukan di Muka bumi,
Walaupun ku sedar yang Aku telah pun Mati dan jauh dari Dunia..

Tuhan pimpinkan aku di jalan cahaya Mu,
Supaya aku dapat mengawal apa yang ku terima atas kurnia pemberianmu
Benar apa yang kau kata dunia ini sebuah ilusi...setelah apa ku lihat Hijab yang terbuka,
Sekian lama aku termenung..mengigil lututku Melihat sang Qalbi,
Seandai ku baling ke Gunung apa yang ku terima dari Langit,
Pastinya runtuh sebuah Gunung di bumi...

Aku simpan apa yang ku terima,
Aku pendam dari pandangan Manusia,
Aku letak kan dia ke dalam sudut dalam jiwa,
Kini Tugas ku mencari sang Guru Sufi
Untuk mendalami ilmu yang sejati ........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan