Ahad, 15 Mei 2016

Aku Melihat Tumbuh-tumbuhan Memberi Salam Sujud dan Patuh kepada perintahku

Wahai Bapaku Ibrahim..aku melihat bintang di langit sujud kepadaku
Bapanya berkata..jangan ceritakan pengalaman mu yusuf kelak mengundang bencana
Jangan ceritakan apa yang kau sudah memahami dan engkau lihat dari pandangan matamu
Jangan ceritakan kepada Abang-abangmu sesungguhnya mereka manusia biasa
yang penuh dengan kebencian dihati
Sedangkan Manusia itu sebaik-baik kejadian ..

Manusia yang mempunyai kebencian itu Nafsu ..
Manusia yang berbuat kebaikan kepada Manusia yg lain itu adalah datang dari Sifat Allah.
Dan sifat-sifat Allah tidak lari dari penciptanya ..
Masih ingat kepada Wali Rabiatul Adawiyah yang tidak berkahwin
Kerana kesemua cintanya sudah beralih kepada Tuhan dan bersatu
Ini kerana Manusia itu sudah bersatu sama sifat Allah dan sudah memahami siapa beliau
Sungguh tinggi Manusia itu seandainya mengetahui dan Menuntut ilmu rahsia tersebut

Manusia itu sungguh tinggi Martabatnya di sisi Tuhan
Sehingga sukar difahami oleh sekalian kehidupan
Malah Malaikat dan Iblis pon menjadi sungguh kehairanan
Mengapa perlu sujud kepada Manusia
Sedangkan sujud itu hanya bagi layak kepada sifat-sifat yang lebih sempurna
Seperti sifat-sifat yang membawa kebaikan
Seperti sifat-sifat yang membawa kesempurnaan
Seperti sifat-sifat apa yang terkandung didalam 20 sifat Allah
Seperti sujud kepada sang pencipta ..

Lalu Allah yang esa berkata kepada sekalian kehidupan
Akan aku jadikan seorang Makhluk yang bernama Manusia
Dan Aku tiupkan Roh kedalamnya
Maka mereka akan menjadi Khalifah dimuka bumi
Dan apabila mereka beriman darjat nya akan menjadi lebih tinggi dari Malaikat
Lalu Malaikat kehairanan ..
Sesungguhnya aku lebih tahu apa yang kalian tidak tahu
Selepas Allah Meniupkan roh kedalam jasad tubuh manusia
Siapakah Manusia sebenarnya...?
Siapkah Manusia sebenarnya.....?
Lantas Malaikat melihat dan mencatat segala apa yang dilakukan oleh Manusia

Bangun sahaja aku dari tidur
Aku melihat hari sudah pagi
Lantas aku berjalan di bumi aku melihat pokok bergoyang
Hakkul yakin aku mengatakan bahawa pokok itu juga merupakan kehidupan

Pada sebelah petang aku ingin Makan ..
Lalu aku keluar dari Mahligai rumah...aku mengambil keputusan untuk menebang pokok
Dan pokok itu untuk ku jadikan bahan kayu api untuk Membakar
Dan aku membakar untuk aku makan dari pelbagai makanan yang aku iingini
Tetapi aku kehairanan kenapa pokok itu tidak Melawan aku.?
Mengapa pokok itu tetap dengan pendirian nya disitu dan tidak berbuat apa-apa
Sedangkan pada pagi tadi aku melihat pokok itu bergoyang dengan syahdunya
Boleh saja dia Melawanku,,tetapi mengapa dia diam sedangkan dia juga kehidupan.?
Sedangkan aku melihat seperti pokok itu menyerahkan diri kepada aku
tanpa mereka berbuat apa-apa apabila aku manusia ingin mengambilnya
Sungguh pelik...dan aku mengambil Air di sungai tanpa apa-apa kehidupan di dunia ini menghalangnya ..
Sekali lagi aku merasa pelik..mengapa mereka kehidupan yang ada disini tidak melawan manusia
Sedangkan mereka mampu...sedangkan batu boleh berkata kepada Rasullah.
Itu bermakna mereka itu hidup..tetapi mereka tidak lawan kepada Manusia malah patuh
Sperti patuh nya perintah kepada ketua..seperti patuh nya perintah kepada tuhan...

Manusia berbuat apa sahaja yang mereka mahu..mereka mencipta,
Mereka mencipta pelbagai benda-benda yang baharu
Mereka membelai dengan kasih dan sayang dengan apa yang mereka cintai..oleh yg berbuat kebaikan
Bagi Manusia yang merasakan murka mereka memusnahkan sahaja
kepada apa-apa yang mereka inginkan ..
Bagaikan syurga dan neraka di dunia dari manusia yang membezakan
Lalu aku mencari-mencari siapakah Manusia dipandangan Tuhan
Bagi Manusia yang memperoleh rahmat mereka menahami
Bagi Manusia biasa itu perkara biasa ..

Dan para-para Wali itu berjalan dengan melipat bumi
Tanpa berpakaian sutera dan memakai selipar
Mereka bersahabat baik dengan alam dan membelai mereka seperti membelai diri sendiri
Dan para-para Wali itu dapat berada dimana-mana penjuru alam sekalipun dalam beberapa saat.
Berkata ketua angkatan semut kepada bala pasukan nya
Wahai semut-semut sekalian Nabi sulaiman a.s dan bala tentera nya ingin melewati kita
dan manusia-manusia itu mungkin akan memijak kita dan kita pasti akan mati
Lalu Nabi sulaiman mendengar perbualan semut lalu ia berkata berhenti sekalian manusia
Kita lalu sahaja di tempat lain ..
Lalu Ketua semut dan angkatan-angkatannya yang lain selamat dari dipijak
Lalu ketua semut itu berkata sungguh mulia hati mu wahai manusia yang bernama Raja sulaiman
Memang layak engkau menjadi raja dibumi dan menjadi berkuasa dan semua hidupan tunduk dan patuh kepadamu akan kebaikan-kebaikan mu..
Terima kasih Nabi sulaiman a.s......................


Tuhan itu memerintah kepada hamba dan ciptaannya
Manusia itu memerintah kepada orang bawahan dan barang ciptaan buatannya
Mungkin Firaun yang berkuasa dibumi memahami dan telah mempelajari ilmu ketuhanan tersebut tetapi dia telah melampaui batas ...
Mungkin Qarun yang menguasai seluruh harta dibumi telah mempelajari ilmu ketuhanan tersebut tetapi dia telah melampaui batas ...
Sungguh tinggi ilmu Tuhan tanpa diketahui oleh Manusia
Takut-takut ilmu Martabat memakan sangkar
Burung terbang melintas awan
Ilmu tinggi ketuhanan memakan diri
Lebih baik ianya disimpan kedalam lubuk hati yang sangat dalam
Simpan-simpan dan gunakan untukk kebaikan diatas jalan rahmat Tuhan..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan